Wednesday, 22 August 2012


Kebanyakan orang pada peringkat tertentu kehidupannya akan mengalami deman selsema. Secara amnya semakin meningkat dewasa, semakin kurang kita mendapat jangkitan deman selsema.

Deman selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sisitem pertahanan badan anda adalah SENJATA TERBAIK untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus.



Petua untuk menjauhi dijangkiti Deman Selsema :

  • Selalu membasuh tangan dengan bersih.
  • Tutup mulut ketika batuk atau bersin.
  • Elakkan menggosok mata dengan tangan yang kotor.
  • Jangan menggigit kuku.
  • Jauhi diri daripada orang yang menghidap deman selsema terutama apabila mereka batuk atau bersin.
  • Jauhi tempat yang sesak dengan orang ramai.
  • Jangan biarkan diri anda kesejukan atau terlalu letih. Dapatkan rehat yang mencukupi.
  • Jauhi daripada merokok.(Perokok berkecenderungan mendapat deman selsema yang lebih teruk)
  • Jauhikan diri daripada alkohol. ( Alkohol mengurangkan keupayaan badan untuk menghapuskan virus selsema.
  • Kekalkan tahap hidrasi badan yang mencukupi dengan minum 3 liter air sehari.
  • Makanlah makanan yang seimbang.


Nak jadi sihat & bertenaga setiap hari,  mulalah hari ini dengan mengubah cara pemakanan & gaya hidup anda...

Kunjungilah outlet saya di KL dan menikmati makanan berkhasiat , bagi sel-sel anda baja yang bagus...

Hubungi 0175823356 untuk appointment..





No comments:

Post a Comment